- Ibuku... Kaulah peneman sejati ayahku,kau jua suri kehidupan keluargaku,kau menjaga dan mengurus dengan hebat ayahku dan adik beradikku,sehingga mereka hidup dan mengenal segenap dunia. Ibuku... Sejak aku belum terlahir,kau sudah menjagaku,semasa aku sedang berenang didalam perutmu,kau sudah sentiasa merisaukan akan aku,kau jua menutup nafsu makanmu,demi kesempurnaanku diriku. Ibuku... Dari sebulan hingga kesembilan bulan ku bersatu denganmu,kau tidak pernah mengeluh membawa aku,kau sentiasa berkata jua berbicara denganku,hingga tiba kelahiranku,kau tetap tersenyum walaupun kesakitanmu bagai membunuhmu. Ibuku... Lahirnya aku umpama kejayaanmu,terbukanya mataku,senyuman dulu yang kau ukir,walau kau sedang derita kesakitan,lantas datangnya ayah mengazankanku dengan harapan,aku bisa membesar dengan ilmu. Ibuku... Aku semakin meniti hari,dari sehari,seminggu kini sebulan,kau masih berpantang dan derita kerna aku,walaupun kau sakit,masih kau menyuapkan susu padaku,kau sanggup memberi apa jua,yang ada dibadanmu,demi anakmu yang satu. Ibuku,sebulan berlalu kini pantangmu sudah berlalu,semakin besar anakmu ini ibu,kau membuat aku ketawa,kau bertatih aku berjalan,kau memujuk bila ku menangis,begitu murni dan suci hatimu ibu.. Ibuku... Kini ku mula kesekolah,kau dan ayah menghantarku,walau ku menangis ketakutan,kau dan ayah menenangkanku,inilah kehidupan katamu,inilah ilmu untuk kejayaanmu. Ibuku... Kini aku semakin dewasa,dari ilmu yang sedikit menjadi beribu,ku semakin membesar dan mengenal nafsu,dulunya kosong,kini punya ilmu. Ibuku... Kini aku sudah bekerja,dan semakin jauh dari dirimu,tidak lagi ku mendengar suaramu,hanya si ayah peneman kalbumu,aku mula lalai akan dirimu,tidak ku hirau lagi ayahku. Ibuku... Aku semakin kaya ilmu dan harta,aku diteman teman,dan kereta mewahku,aku dah punya teman hidupku,kini tiada lagi ibu dan ayah,disegenap hatiku. Ibuku,aku sudah lupa segala jasamu,aku samar mana datangnya aku,langkahku yang ku atur,ku lupa kau yang mengajarku,kau dan ayah,sudah tidak ku ingati lagi,aku semakin tenggelam dbuai mimpi. Ibuku... Kenapa aku begini,mengapa aku berubah,dimana hatiku yang murni,kemana ihsan dan ilmu yang kau beri,aku terlupa kerna duniawi. Oh ibu... Kau dan ayah begitu mulia,walau ku bagi derita,kau sentiasa membalas doa,kau sentiasa memaafkanku,kau sentiasa menunggu kepulanganku.. Wahai anak anak,sedarlah kamu,bangkitlah kamu dari tidur panjangmu,sedarlah kamu punya ayah dan ibu,harta dan isterimu,tidak kan dapat menjadi pengganti kedua Ibu juga Ayahmu,walaupun hanya ibu dan ayah mertuamu,walau hanya ibu ayah tiri,atau ibu ayah angkat kamu,tetapi mereka juga dipanggil Ibu dan Ayah,jagalah tutur jua katamu,adab dan sopanmu,agar tidak menyakiti ibu ayahmu,hubungi mereka selalu,jagalah mereka jika mereka sakit,terimalah mereka walau sejahat mana mereka. Tinggi mana ilmumu,kaya mana seseorang itu,beriman dan beramal sebagaimana pun kamu,jika derhaka pada Ibu dan Ayahmu,jangankan ingin masuk ke syurga,mencium baunya juga tidak mampu. Itulah jaminan Allah Swt dan Nabimu,Ibu dan Ayah tiket untukmu,ke Syurga yang menjadi dambaan dirimu.... Rasulullah juga pernah ditanya mengenai hak ibu bapa ke atas anak-anak, Rasulullah menjawab: Kedua-dua ibu bapa adalah syurga dan neraka kamu. Syurga apabila kita berbuat baik dan taat kepada mereka dan neraka apabila kita menderhaka kepada mereka. (Riwayat Ibn Majah)
Allah Swt telah berfirman: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15] 46:15] Allah SWt berfirman. Jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Uhh’, dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa’: 23-24) Saya mencoret warkah ini untuk diri saya,adik beradik,saudara,sahabat juga sesiapa jua,untuk kesedaran bersama,untuk kejayaan bersama jua,sedarlah selagi mereka masih ada,pabila dan hilang dari mata,menangis sebagaimana juga tidakkan kembali mereka(ibu bapa). Create by irwanshah 1.6.2011. 1851pm. Ps/copy lah kerna Allah Swt,bukan kerna duit dan keuntungan,segala ini Ilham Allah pd saya,sebarkan demi kejayaan dan kesedaran semua.Insyallah..
No comments:
Post a Comment